Nisfu Syaaban..ALHAMDULILLAH masih diberi nafas untuk berkesempatan merasai keistimewaan malam penuh keberkatan..semoga allah terus berikan kesihatan sempurna untuk menghambakan diri padaNya..
Kedatangan Nisfu Syaaban menggamit datangnya RAMADHAN..bulan kemuliaan..ya allah sesungguhnya hati ini terlalu gembira menanti bulan mulia ini..gembira itu seakan lain dari sebelum ni..semoga kedatangan Ramadhan kali ini dapat ditempuh dengan penuh rasa keimanan..
Walaupun kenangan Ramadhan lalu amat pedih..tapi aku terima sebagai penghapus dosa..kami redha dengan ketentuanMu Ya Allah..kami tahu engkau lah sebaik-baik perancang..moga allah selitkan sedikit kegembiraan buat kami.
Tidak lupa doa dititip buat insan istimewa yang sentiasa di hati..semoga allah membenarkan rohnya bersama-sama kami menyambut kemeriahan ramadhan walaupun kami terpisah di antara dua alam berbeza..
Hampir setahun kau pergi meninggalkan kami, tidak sedikit pun rasa rindu ini berkurangan..semakin rindu kami, semakin banyak doa dititip buat kau di sana..kerana hanya itulah pengubat rindu kami NGAH..tidak ada sehari tanpa rindu pada kau..
Segala kenangan menjadi peneman kami..kami tahu dan sedar tempat kau di sisi pencipta kita yang maha agung adalah lebih baik..sebab itu kami bertambah redha membiarkan kau di sana..cukup kami jadikan kenangan suara, gelak tawa kau, gambar riak wajah kau sebagai penghilang rindu..
Seperti malam2 sebelumnya, ketika hati ini tiba2 dijengah kerinduan teramat, mata seakan tidak mau terlelap..sehingga ke jam ini mata masih lagi terasa segar ditemani air mata yang menggambarkan kerinduan along pada kau Ngah..selesai menitip tahlil dan doa, terasa ingin meluahkan melalui jari di dalam blog ni..sekurang-kurangnya dapat meringankan kerinduan yang menjengah pintu hati..bila dapat mencoret sesuatu di sini, along rasa seakan dapat berbicara dengan kau..
Ngah..banyak cerita ingin dikongsi bersama..selalu aku berbicara sendiri seolah ingin berbual bersama..dengan harapan ianya dapat didengar..banyak ngah..Ngah, sekarang harapan kita hampir menjadi nyata..harapan kau seakan dimakbulkan allah..kau ingat x apa yang kau kata pada aku ketika kita berborak di saat2 akhir hayat kau..semuanya tentang harapan kita pada mereka..alhamdulillah, doa kita didengar ngah..semuanya bertambah baik..
amanah kau yang satu ni dapat aku jaga sebaiknya..amanah yang lain, insha allah sepenuh kudrat akan aku jaga..seandaikan kau dapat melihat, pasti kau akan gembira ngah..
Buat kesekian kalinya, aku akhiri tulisan ini dengan titipan alfatehah buat peneman kau di sana..moga allah sampaikan salam kerinduan kami buat kau di sana..
Salam sayang dari along buat adik yang sentiasa dirindui. Tunggu kami di syurga ALLAH..INSHA ALLAH..
#alfatehahNgah
#rinduyangtidakberpenghujung
No comments:
Post a Comment