My Family

My Family
My Family

Tuesday, 16 August 2011

Nuzul Al-Quran..

Salam Nuzul Al-Quran pada semua umat islam di seluruh dunia..ingin sekali berkongsi ilmu tentang sejarah nuzul al-quran supaya kita sama-sama mendapat rahmat dariNya..Betulkan saya sekiranya ada fakta yang tersilap..Maklumlah sudah lama meninggalkan zaman sekolah agama sewaktu berada di darjah khas..hehe

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam. Peristiwa ini berlaku di Gua Hira'.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Jelas di sini bahawa hari tersebut merupakan salah satu hari terbesar bagi umat islam terutamanya umat Nabi Muhammad S.A.W. dan sewajarnya ia di ingati.

Sedih bila memikirkan keadaan umat islam sekarang ni. Ada segelintirnya lebih memperbesarkan hari-hari yang umumnya disambut oleh penganut agama lain, sebagai contoh Valentine, April Fool dan sebagainya. Tapi bila disebut nuzul al-quran hanya segelintir juga yang tahu sejarahnya. Yang lebih menyedihkan ada juga di antara mereka yang langsung tidak tahu membaca kitab al-quran.

Bermadah pujangga cukup hebat. Malah habis semua lagu-lagu jiwang, lagu-lagu cinta dihafal satu persatu. Tapi bila disebut tentang ayat al-quran satu apa pun tak tahu. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari apa yang berlaku. Budayakanlah al-quran di dalam rumah kita agar kita mendapat segala kebaikkan yang ada di dalamnya..AMIN.



No comments:

Post a Comment