My Family

My Family
My Family

Sunday, 18 September 2011

Besday My Cute Daughter

12 September 2011, Nurul Qalesya Humairah genap setahun..rase macam baru je melahirkan die..Alhamdulillah, sepanjang tempoh Qalesya membesar, tiada pun masalah yg timbul..gembira tengok die membesar di depan mata..lebih2 lg bile sekarang mulut die dh mula bising berbicara yang aku sendiri pn xpaham..aku bersyukur dgn kurniaannya..aku n nusi berharap sgt2 agar Qalesya membesar sempurna menjadi seorang anak yg solehah..seorang yg cukup berpekerti..seorang yg menghormati orang lain..seorang yang berjaya dunia dan akhirat..

Insya'allah, jika allah mengizinkan kami sekeluarga akan menyambut kehadiran orang baru tahun depan..moga dengan kehadirannya akan memberi kami lebih kebahagiaan..bile mengimbau semula semua yg dh berlaku..aku cukup2 terharu dan bersyukur kerana Allah mengizinkan aku mengecapi kebahagiaan setelah menghadapi pelbagai tohmahan dan andaian negatif orang pd kami..aku percaya NIKMAT ALLAH ITU PASTI..setiap keikhlasan dan niat yg baik pasti akan ada ganjaran..dan setiap yg berlaku pasti ada hikmah tersembunyi..


Akhir kata, semoga kebahagiaan akan terus menjadi milik kami..AMIN..



Tuesday, 16 August 2011

Nuzul Al-Quran..

Salam Nuzul Al-Quran pada semua umat islam di seluruh dunia..ingin sekali berkongsi ilmu tentang sejarah nuzul al-quran supaya kita sama-sama mendapat rahmat dariNya..Betulkan saya sekiranya ada fakta yang tersilap..Maklumlah sudah lama meninggalkan zaman sekolah agama sewaktu berada di darjah khas..hehe

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam. Peristiwa ini berlaku di Gua Hira'.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Jelas di sini bahawa hari tersebut merupakan salah satu hari terbesar bagi umat islam terutamanya umat Nabi Muhammad S.A.W. dan sewajarnya ia di ingati.

Sedih bila memikirkan keadaan umat islam sekarang ni. Ada segelintirnya lebih memperbesarkan hari-hari yang umumnya disambut oleh penganut agama lain, sebagai contoh Valentine, April Fool dan sebagainya. Tapi bila disebut nuzul al-quran hanya segelintir juga yang tahu sejarahnya. Yang lebih menyedihkan ada juga di antara mereka yang langsung tidak tahu membaca kitab al-quran.

Bermadah pujangga cukup hebat. Malah habis semua lagu-lagu jiwang, lagu-lagu cinta dihafal satu persatu. Tapi bila disebut tentang ayat al-quran satu apa pun tak tahu. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari apa yang berlaku. Budayakanlah al-quran di dalam rumah kita agar kita mendapat segala kebaikkan yang ada di dalamnya..AMIN.



Thursday, 11 August 2011

Ku Bersyukur Padamu..

Ku bersyukur padamu Ya Allah, di atas segala nikmat dan kebahagiaan yang Engkau kurniakan pada kami sekeluarga..Alhamdulillah kerna aku diberi kesempatan untuk kesekian kali merasa nikmatnya membesarkan  janin di dalam rahim ini..berjuta kesyukuran aku panjatkan padaNya..

berita ini kami terima dengan penuh kegembiraan..walaupun aku tahu keperitan yang bakal aku lalui..tapi akan aku gagahi dengan sepenuh kudrat..rasa tak sabar nak tunggu kelahirannya..jantina tidak menjadi keutamaan tapi kalau dikurniakan baby boy pun best gak..hehe..

mula berkira-kira untuk bercuti panjang..hehe..itu lah kelebihan wanita berkahwin kan..hehe..kami berharap agar segalanya berakhir dengan sempurna dan selamat..

di awal-awal kehamilan ni, memang rase tak larat sangat-sangat..ditambah lagi dengan ragam Qalesya yang semakin aktif..rumah tu dah jadi kelam-kabut dibuatnya..tak larat nak kejar dia..last-last aku dan suami biarkan je..hehe..nak marah tak sampai hati..tapi bila dah hilang sabar tu kene marah gak..melihat riak muka Qalesya bila kene marah kesian la plak..lebih lagi bila tengok die tidur..menitis air mata..kesian..yer la..siang sehari berada di rumah pengasuh..balik rumah asyik kene marah..kesian die..

pregnant kali ni agak berlainan sedikit..aku rasa cepat nak marah..membebel xberhenti-henti..tak boleh silap sikit..aku tengah cuba untuk ubah sikap buruk ni..mudah-mudahan ramadhan ni akan menghapuskan segala keburukan tu..sebelum ni aku memang xsuka nak marah-marah ni..tp kali ni lain sikit..hai Mr. Sanusi..sabar je la ey..









Friday, 24 June 2011

Wanita Oh Wanita!

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Sunday, 12 June 2011

Ahli Keluarga Baru..

Esok keluarga kami akan ade ahli baru..hehehe..Apis akan tinggal ngn kami mulai esok..seronoknyer..meriah ckit rumah kami..ade la teman utk bersuka ria..tp tanggungjawab amat berat menanti utk memastikan segala impian terlaksana..impian utk melihat adik berjaya utk menjadi insan berguna..insya'allah aku akan pastikan apis mendapat kemudahan pelajaran sebaik mungkin..aku akan cuba mengatur jadual aku utk menjadi isteri..ibu..student..kakak..guru dan juga sahabat..boleh ker?hehe..moga2 allah permudahkan segalanya..

Thursday, 9 June 2011

Bila Rumi Menari..

bila keboringan melanda..rase nk dgr plak CD M.Nasir yg dh lame xdengar..rindu pulak pada suara dan bait-bait kata dlm lagu Dato' M.Nasir ni..hehehe..

banyak2 lagu aku tertarik utk dengar lagu Bila Rumi Menari..begitu indah senikata dlm lagu ini..lagu ni pernah menjadi sumber inspirasi aku dlm mengejar cita-cita..jika kita hayati lirik lagu ni..bnyk benda yg kita blh jadikan sebagai pendorong..aku suka dengan rangkap ni..UNTUK BERTEMU IMPIAN BUKANNYA PERCUMA..MENGORBANKAN YANG TERSANGAT KITA CINTA..BAGAI YUNUS DI MAKAN PAUS..IBRAHIM TAK MAKAN API..

Sekadar untuk halwa telinga..jom kita kongsi dgr lagu ni..hehe



Dedikasi untuk sahabat..

Saturday, 4 June 2011

cuti-cuti balik kg..mandi sungai..kenduri kendara..

Athirah Warded
cuti kali ni bnyk ckit berjalan..jumaat kami sekeluarga blik Seremban dulu sbb nk tgk thirah kad KPJ seremban..cian tgk die..cpt2 sembuh yer syg..Sabtu mlm bru bertolak blik t'ganu..kami smpai kul 2.30 pg..huh..letih yg teramat..badan sume sakit2 sbb qalesya dh xreti duduk diam dlm kereta..

menikmati keindahan dan keheningan suasana kampung memang menyeronokkan..lupe seketika bebanan kerja di jb..hehehe..rase mcm dh xnk blik jb..sume ahli kuarge ade kecuali adk sa yg masih berada di Langkawi kerana turut serta dalam lawatan sekolah..

rabu baru sume dpt berkumpul bersama..khamis kami cbuk di rumah tok ja utk kenduri..jumaat kenduri time!!hehehe..blik umah sume keletihan..qalesya dh mula batuk2 sbb cuaca hari tu terlalu panas..nasib baik kesihatan aku xterganggu..

walaupun masing2 xsihat dan keletihan..tp kami sume tetap dgn agenda utk mandi-manda di sungai Betong..

hanya sebahagian gambar2 yg sempat diupload dlm blog ni..