Ya Allah..
Seandainya telah engkau catatkan DIA milikku, tercipta buatku..satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titiplah kebahagiaan antara kami..agar kemesraan itu abadi..
Ya Allah..ya tuhanku yang maha mengasihi..seiringkanlah kami melayari hidup ini..ketepian yang sejahtera dan abadi..
Tetapi Ya Allah..seandainya telah engkau takdirkan dia BUKAN milikku..bawalah ia jauh dari pandanganku..luputkanlah ia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan..
Lantaran itu Ya Allah yang maha mengerti..berilah aku kekuatan..melontar bayangannya jauh ke dada langit..hilang bersama senja nan merah agar aku bahagia walaupun tanpa bersama dengannya..
Dan Ya Allah yang tercinta, gantilah yang telah hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tak sama dengan dirinya..
Ya Allah ya tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah terbaik buatku..kerana engkau maha mengetahui segala yang terbaik buat hambamu ini.
Ya Allah cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat..Dengarlah rintihan hambamu yang dhaif ini..Jangan engkau biarkan aku sendirian di dunia, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..Maka kurniakan aku seorang pasangan yang berlainan supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai..dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh..Amin ya Rabbal Alamin..
No comments:
Post a Comment