ALFATEHAH dan tahlil diutus buat engkau yang terpisah jauh di alam berbeza..hari ni, hati along dirundung sebak yang tak tertanggung..mengimbau kenangan tahun lepas pada tarikh yang sama..tanpa terduga engkau pergi tinggalkan kami Ngah..di saat kami tidak pernah bersedia melalui nya..kerana kami bersandar pada keyakinan yang engkau tunjukkan..kami yakin engkau akan sihat seperti selalu..terus bersama kami menyusur kehidupan..berkongsi suka duka gelak dan tawa..
kau tahu Ngah, disaat akhir hayat kau, along masih lagi berharap keajaiban berlaku pada kita..tidak sedikit pun terlintas difikiran yang engkau akan pergi menghadap ilahi..hinggalah di malam 23 Ramadhan 1437H, along berserah sepenuhnya dengan hati yang cukup redha merelakan ALLAH mengambil kau dari kami kerana kami tak sanggup melihat kesakitan yang engkau tanggung..walaupun jauh disudut hati along tidak membenarkan ianya berlaku Ngah..
tapi along bangga Ngah..walaupun engkau bertarung melawan sakit, tapi engkau tetap memberi kami keyakinan dan kekuatan..engkau gagah melaksanakan tugas sebagai khalifah ALLAH walaupun dalam keadaan seribu kesukaran..engkau menjadi teladan buat anak-anak ibu makngah..Qalesya sampai hari ni tak pernah lupa keadaan engkau bersolat sambil duduk dikerusi ngah.."Kakak nak jadi org baik macam makngah.."
banyak pengajaran yang engkau tinggalkan buat kami..sedekah..sentiasa bersikap positif..sentiasa meringankan kesusahan orang lain..itu adalah nilai murni yang engkau tinggalkan untuk kami..
melihat suasana hari pengkebumian kau, hati ini memanjat syukur pada ilahi..terlalu ramai yang datang untuk memberi penghormatan terakhir utk kau..sehinggakan Imam masjid mengatakan, jemaah solat jenazah ni terlalu ramai..baik lelaki ataupun wanita..Subhanallah Alhamdulillah..kita org terpaksa melewatkan pengkebumian kau Ngah walaupun segala urusan mandi dan kafan dah diselesaikan sebelum zohor kerana meberi peluang bagi org yang telah sampai bertemu kau buat kali terakhir..ada sebilangan orang yang kami tidak dapat tunggu Ngah..
di sini kami belajar tentang satu perkara..semasa hayat kau, engkau selalu cuba menyenangkan urusan semua org..seboleh-bolehnya engkau akan tolong walaupun ketika itu engkau sendiri susah..ini lah balasan yang engkau dapat..doa org2 yang hadir mengiringi perjalanan engkau bertemu pencipta..ALLAH maha berkuasa..kami dapat rasakan betapa mudah urusan engkau ketika itu..sehinggakan proses postmortem yang wajib bagi mendapatkan permit kubur tu pun engkau dikecualikan..ALLAHUAKBAR..ALHAMDULILLAH
suasana hari tu cukup redup Ngah..seredup wajah kau..kalau boleh along tak mahu berganjak dari sisi kau Ngah..sebab along nak tgk wajah kau puas-puas..along nak peluk kau kuat-kuat..sbb lps ni along dah xdapat kesempatan tu..Along ingat masa kita berbual di saat-saat akhir hayat kau..kau minta along sikat rambut kau..kau asyik bercerita masa zaman kita kecik2..along rasa masa tu ko mcm kanak2 kecil yang minta ditidurkan..
Ngah, setelah setahun kau pergi..hanya kenangan kita sebagai peneman di kala kami semua rindu..baju-baju kerja kau tidak berusik Ngah..tersangkut rapi..kalau kami pakai, mak mesti sangkut balik mcm selalu..melihat keadaan almari baju kau Ngah, seolah-olah kau masih ada..
Ngah, setelah setahun kau pergi..tidak ada sehari tanpa rindu Ngah..sehingga kini kalau kami terkenangkan kau, air mata laju mengalir..tahun ni kami tak sabar menungu ramadhan..sebab kata orang roh orng yang meninggal akan dibebaskan pada bulan ramadhan..kami berharap semoga allah membenarkan roh kau bersama-sama kami menyambut kemeriahan ramadhan walaupun kita terpisah di antara dua alam berbeza..dan sehingga kini, along harap ramadhan tidak akan berlalu..
tulisan ini along zahirkan sebagai pengubat rindu..dengannya, along dpt rasakan kita seakan bersembang..dengannya along dapat dgr suara dan tawa kau..along dpt bayangkan senyuman kau..hanya dengan itu rasa rindu ini sedikit berkurangan..
Semoga ALLAH tempatkan kau bersama para anbia..semoga ALLAH permudahkan segala urusan kau di sana..damai la kau dalam rehat yang panjang Ngah..urusan kau alhamdulillah telah selesai..kami berharap kita dapat bertemu nanti di syurga ALLAH..AMIN..





























































