Tapi NGAH, walaupun kau tiada lagi di sisi kami, sempena hari lahir kau, along kirimkan hadiah yang sangat istimewa untuk kau yang berada dikejauhan.
Setiap tahun bila aku wish birthday kat kau..mesti kau minta hadiah..hahahaha..kali terakhir hadiah utk kau adalah sehelai tudung..itulah pemberian along yang terakhir utk kau..tp kali ni hadiah along mungkin lebih bermakna untuk kau..
Ustaz kata kalau kita bersedekah atas nama org yang telah pergi bertemu penciptaNya, pahala sedekah itu akan sampai pada org tu..sbb tu lah along pilih hadiah itu untuk kau..along sgt2 berharap kau dapat merasakan hadiah tu NGAH..
Ya allah..sampaikan salam kerinduan aku buat seorang adik yg amat dirindui..sampaikan salam kasih sayang aku pada nya Ya allah..engkaulah penghubung kami..
SELAMAT HARI LAHIR NGAH..moga kau sentiasa dalam lindungan Allah..moga Allah sentiasa permudahkan urusan kau di sana..kau rehat yer ngah..kami akan menyusul kau satu hari nanti..cuma masa dan ketika itu adalah rahsia Allah..tunggu kami yer Ngah..