Alhamdulillah..berjuta kesyukuran pada yang maha kuasa atas kelahiran Muhammad Aisy Amsyar putera sulung kami pada 15 April 2012, pada jam 1.32 tgh..walaupun terlewat dari tarikh jangkaan sebenar, Amsyar selamat dilahirkan secara normal..sepanjang menunggu kelahiran Amsyar..hati tak berhenti berdebar memikirkan apakah masalah sehingga ia terlewat hampir seminggu dilahirkan..bermacam-macam andaian yang bermain difikiran..tp berkat doa suami, abah, ayah, mak n sume ahli keluarga semuanya sempurna dengan selamat..
Kelahiran kali ini alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah..aku tidak lama menahan sakit..mula terasa tidak selesa pada pukul 8.00 pagi..kami sampai di hospital pada pukul 11.00 pagi terus jumpa doktor..nasib baik aku tak deliver dlm kereta..hehehe..doktor check dan terus ke labor room lebih kurang dalam pukul 1.00 tgh sbb bukaan dah 8cm..huh!nasib baik cepat..selepas air ketuban dipecahkan aku terus rasa sakit yang amat sangat..tak sampai 5 minit sakit, terasa baby dah nak keluar..kelam-kabut doktor dibuatnya..tak sempat doktor nak prepare baby dah pun keluar..kelakar pun ada bila tgk gelagat doktor tu..tepat pukul 1.32tgh aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki, Muhammad Aisy Amsyar seberat 3.24kg, panjang 58cm..
Terpandangkan wajah Aisy..aku memanjatkan kesyukuran kerana doa kami untuk menimang cahaya mata lelaki telah dimakbulkan..sungguh besar kekuasaan mu Ya Allah..lengkap sudah hidup aku dan Nusi..bukan tak mahu kan cahaya mata lagi..tapi biarlah aku berehat dulu..kami mahu tumpukan sepenuh perhatian untuk membesarkan mereka dengan seberapa sempurna yang mungkin..lepas ni kami mahu sediakan segala kelengkapan yang sempurna untuk mereka berdua..Alhamdulillah, rumah yang kami beli telahpun menjadi hak kami sepenuhnya..proses renovation dh hampir selesai..tinggal kelengkapan bilik tidur untuk Qalesya yang masih belum tersedia..untuk Aisy, masih terlalu awal untuk kami sediakan bilik tidur untuknya..
Sepanjang tempoh cuti bersalin ni..aku cukup terhibur dengan telatah Qalesya yang semakin membesar..bahagia rasanya bila melihat anak-anak membesar di depan mata..rasa sayang nak habiskan cuti ini bersama-sama mereka..minggu depan 7hb Mei 2012, aku akan kembali ke JB..tak sabar rasanya nak balik rumah..tapi rasa sedih sbb masa bersama keluarga aku di Seremban dah berakhir..walaupun tempoh berpantang masih ada..aku akan habiskannya sendiri di rumah kami di johor..maklumlah, status sebagai pelajar menuntut aku pulang lebih awal untuk menghadiri sesi kuliah yang lama ditinggalkan..moga-moga segalanya berjalan baik..
Akhir mei ini aku dan Nusi bercadang untuk bercuti di Cameron Highland sebelum kami pulang ke Terengganu bagi menghabiskan cuti sekolah yang akan tiba tidak lama lagi..aku memilih untuk ke sana kerana ingin merasakan ketenangan dan menjalani terapi minda sebelum kembali menjalankan tugas-tugas yang semestinya menuntut kekuatan fizikal dan mental..
Akhir kata semoga selepas ini hidup kami akan lebih sempurna..dan kami juga mengharapkan keredhaan dariNya agar keluarga kami sentiasa dibawah rahmat dariNya..semoga Nusi berjaya memimpin kami agar sentiasa berada dilandasan syarak..AMIN..
My Family
My Family
Friday, 4 May 2012
Sunday, 19 February 2012
Kehadiran yang dinanti..
Alhamdulillah..Insya'allah lagi 6 minggu kami akan menyambut kehadiran orang baru..rase tak sabar..berdebar..semua ada..Walaupun ni 2nd time..tapi rasa itu tetap ada..
Persiapan tu semua dah ready..tinggal nama je belum cari lg..kalau diizinkan Allah..kami bakal menerima kehadiran baby BOY..tp itu semua kuasa dariNya..kami terima apa sahaja pemberian yang bakal diberi..asalkan semuanya sihat dan tiada apa-apa masalah..
Perancangannya, nak bersalin di Seremban..tp xtau gak..Tempoh berpantang kali ini mungkin agak memenatkan..sebab dalam masa yang sama saya juga terpaksa menghadiri kelas.. Kalau diizinkan n beroleh kesihatan la..klu x, terpaksa la mintak xcuse..hehe.. Kesian kat Nusi kerana untuk 2nd time dia kene berulang dr JB ke Seremban..di harap semuanya berjalan lancar..
Perasaan kali ini rasenye terlalu xcited..xtau kenapa..mungkin sbb scan hr tu doc kate baby boy kot..hahaha..maklumlah, klu ditakdirkan yg akan deliver nnti baby BOY..abah n mak akan dapat first cucu lelaki..persiapan kali ni mungkin lebih sempurna sbb dh buat awal..lg pun kelengkapan Qalesya yg dulu masih ada yg blh diguna..cuma tinggal beberapa je lg yg kene beli.. Semalam, bile buka balik box untuk barang-barang baby..terkejut bile tgk box tu dah penuh..hahaha..punya la bnyk baju yg kami beli..tu la jadinya kalau awal sgt buat persiapan..xsedar ter over plak..bile keluar shopping je beli sehelai dua..last-last sampai penuh..sekarang tgh dok tinjau kelengkapan rumah plak..mood rumah baru la katakan..hehe..
Persiapan untuk majlis aqiqah masih dlm perancangan..samada nk buat di Seremban..di T'Ganu ataupun di rumah kami..rasa mcm nk buat di JB je..bergantung pd keadaan n kesesuaian masa semua pihak..
Hopefully..semua nye akan selamat n sempurna..xsabar nk cuti panjang n berehat sepuasnya..kali ni amik cuti still mcm 1st dulu..60 hari je..mls nk amik lama-lama..bosan gak duduk umah lama-lama..

Subscribe to:
Comments (Atom)