My Family

My Family
My Family

Sunday, 19 September 2010

Qalesya mum's..

Alhamdulillah..aku selamat melahirkan puteri sulong kami Nurul Qalesya Humairah pada 12 September 2010 bersamaan 3 Syawal 1431 Hijrah pada pukul 1.20 pagi..segala keperitan yang ditanggung sewaktu die masih lagi di dalam kandungan hilang serta-merta apabila terpandangkan wajahnya..segala kesakitan sewaktu menunggu saat kelahiran turut hilang..



Menitis air mata tatkala aku selamat melahirkan..baru lah aku tahu bagaimana peritnye ibu hendak melahirkan aku ke dunia..air mata seakan tidak dapat dibendung..bukan menangis kerana kesakitan yang kurasa..tetapi aku menangis kerana mengenangkan segala perbuatan aku yang banyak mengguris hati ibu..xsabar rase untuk bertemu dengan mak..ingin memohon seribu keampunan..

Pengalaman melahirkan merupakan satu pengalaman berharga yang tidak mungkin dapat aku lupakan..kesakitan yang ditanggung adalah satu nikmat kurniaannya yang tidak ternilai..aku bersyukur kehadrat ilahi kerana aku tidak keseorangan menaggung kesakitan itu..terima kasih pada suami tersayang yang banyak memberi semangat untuk aku menempuh dugaan ini..sepanjang aku berada di hospital..suami sentiasa ada di sisi..walaupun terpancar kepenatan yang amat di wajahnya..die tetap setia menemani..sanggup tidur duduk walaupun dia boleh bersenang di rumah..

Semakin hampir saat kelahiran..kesakitan terasa teramat sangat..apa yang boleh aku lakukan hanya menangis..tak pernah rasa sesakit ini..di saat itu apa yang terlintas difikiran ialah kematian..ketika itu juga aku memohon keampunan dari nusi andai ada aku melukakan hatinye atau terlanjur perbuatan yang mengguris hati seorang suami..memohon kemaafan dari mak dan abah serta keluarga mertua..melihatkan kesakitan yang aku tanggung..air mata seorang suami turut mengalir..sampaikan nusi berkata..cukuplah hanya seorang sahaja zuriat..tak sanggup untuk melihat aku menanggung sakit sebegitu lagi..aku hanya tersenyum..kelakar pun ade gak..kite yang sakit tapi die yang trauma..hehehe..

kesakitan semakin terasa bila aku disorong ke wad bersalin pada pukul 12.30 pagi..tiada perkataan yang mampu terucap..hanya hati tak putus beristigfar..mengharapkan ksakitan berkurangan..bayangkan tidak ada sesaat pun kesakitan tu hilang..dari jam 10.00 mlm sehinggalah saat melahirkan..kesakitan yang tak mampu untuk digambarkan dengan kata-kata..hanya yang pernah merasa dapat membayangkannya..

Akhirnya tepat jam 1.20 Qalesya selamat dilahirkan dengan normal..aku memanjatkan kesyukuran apabila semuanya selamat..selesai sahaja semuanya..seorang nurse datang menghampiri aku.."untung dapat suami macam suami awak..dari awak masuk sampailah semuanya selesai..dia berdiri depan pintu tu..saya suruh duduk die senyum je.."aku hanya tersenyum apabila nurse berkata sedemikian..aku dah sedia maklum nusi memang seorang yang cepat panik..alhamdulillah..kerana tuhan menganugerahkan aku seorang suami yang bertanggungjawab..walaupun suatu ketika aku pernah meragui kesetiaannya..tapi alhamdulillah die berjaya membuktikan segala tohmahan orang dapat diubah..dan aku bersyukur kerana aku tidak membuat pilihan yang salah seperti yang dikatakan..aku bersyukur ke atas apa yang berlaku dahulu kerana jika ia tidak berlaku..aku tidak akan dapat seorang suami seperti SANUSI BIN JUSOH..kini aku tidak lagi dihimpit rasa bersalah kerana aku tahu semuanya sudah ditakdirkan untuk aku..ALHAMDULILLAH di atas kurniaannya..